Musim pertama (2004-05) Nescafé Kick-Start

Rancangan Nescafé Kick-Start dilancarkan di 8TV (dengan bantuan TV3) dan menyaksikan enam belas peserta yang layak ke pertandingan dibahagi kepada empat kumpulan, yang mana hanya seorang dari setiap kumpulan layak ke pusingan seterusnya melalui penilaian juri dan undian penonton. Selepas selesainya pusingan ini, siaran rancangan ini berehat sebulan untuk memberi laluan kepada rakaman pengembaraan keempat-empat finalis.

Aidan Aquinas Chew Ker-Sih dinobatkan sebagai juara musim pertama kerana ideanya yang merupakan EZY-AID, sistem yang membantu pemandu mencari ruang meletak kereta dengan lebih cepat, mudah, dan menjimat masa, sekaligus merangkul hadiah tunai RM180,000 sebagai modal untuk melancarkan syarikat beliau iaitu Vigilant Systems.[1]